Ibn Taimiyah didalam kitabnya Majmuul-fatawa menyatakan:

Maksudnya : " Mana-mana orang yang boleh mengarahkan Jin mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya, beribadat kepada Allah, dan mentaati Nabi-Nya sebagaimana ia menyuruh manusia maka ini adalah semulia-mulia Wali Allah. Dia juga adalah pengganti para Khalifah Rasul dan pembantunya."

Thursday, June 4, 2009

CARA-CARA RAWATAN DIJALANKAN OLEH PERAWAT

CARA RAWATAN DIJALANKAN OLEH PERAWAT

Sebelum memulakan rawatan untuk menangkap Mahkluk Jin atau Hantu, pesakit akan di beri air yang di bacakan dengan surah-surah dan doa-doa dan di minum. Dengan Izin ALLAH setiap penyakit dan setiap perkara itu berlaku adalah atas kehendak ALLAH.

Langkah pertama adalah mengesan gangguan kepada pesakit.(Scaning)

Mengesan akan mengambil masa lebih kurang 10 hingga 20 minit,sekiranya terdapat gangguan di dalam atau di luar tubuh pesakit, pesakit akan berkelakuan yang pelik atau ganjil seperti ;

a. Berlaku pergerakan yang kuat pada jari tangan, kaki, mata dan pada seluruh anggota badan pergerakan yang ringan atau yang sangat kuat.

b. Jin akan berkata-kata atau menjerit-jerit dengan menggunakan jasad pesakit, semasa ini pesakit antara sedar atau tidak sedar.

c. Jin akan meminta tolong atau merayu-rayu meminta supaya di lepaskan.

Langkah ke dua berdailog dengan Jin tersebut dan menangkap serta mengeluarkannya.

a. Bertanya asal usul Jin tersebut, namanya, ugamanya, tempat asalnya dan siapa tuannya.

b. Memaksa Jin tersebut untuk bertaubat dan memeluk Islam dengan cara baik atau dengan
cara yang menyeksakan,serta memohon maaf kepada pesakit atau mereka yang terlibat.

c. Mengislamkan Jin tersebut dan memberitahu perkara yang betul di dalam Islam.

d. Menghantar Jin tersebut ke Mekah dan meminta pertolongan kepada ALLAH semata-mata.

e. Setelah Jin di keluarkan pesakit akan di mandi oleh Waris/Wakil untuk menghilangkan bekas-bekas yang di tinggalkan oleh Jin tersebut.

f. Pesakit akan di beri amalan-amalan dan pesanan-pesanan untuk supaya gangguan tidak akan berulang kembali. Insya-Allah.

note: setiap rawatan atau mengesan dikenakan hadiah atau bayaran. terima kasih.

No comments:

Post a Comment