Ibn Taimiyah didalam kitabnya Majmuul-fatawa menyatakan:

Maksudnya : " Mana-mana orang yang boleh mengarahkan Jin mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya, beribadat kepada Allah, dan mentaati Nabi-Nya sebagaimana ia menyuruh manusia maka ini adalah semulia-mulia Wali Allah. Dia juga adalah pengganti para Khalifah Rasul dan pembantunya."

Wednesday, June 3, 2009

SIHIR PENYAKIT JANTUNG


SIHIR PENYAKIT JANTUNG


Pesakit ini menghidapi penyakit jantung sejak 3 tahun lalu. Waktu tidurnya diganggu oleh lembaga berupa mawas, & menurutnya rupanya seperti "King Kong" yang mencekik & menghempap beliau semasa tidur. Pesakit telah menjalani rawatan di Hospital dan membuat scanning tetapi keputusannya amat menghampakan, dan telah berusaha di Pusat rawatan lain juga jawapan yang sama. Alhamdulillah setelah mendapat rawatan di Pusat Rawatan Islam

Ustaz Azizi disini barulah terbongkar angkara sihir yang menakutkan serta mengancam nyawa pesakit serta keturunannya. Banyak lagi aksi rawatan akan disiarkan sebagai pengajaran untuk mendalami ilmu dan takwa kita kepada
ALLAH S.W.T YANG MAHA MEMBERI PETUNJUK.

Saksikan antara sedutan rawatan yang dijalankan.

Atas pengalaman Perawat penyakit-penyakit ini dengan izin ALLAH boleh dirawat dengan merawat punca penyakit tersebut. Sekiranya tidak dirawat pesakit akan mengalami penyakit Jasmani yang serius dan boleh mengakibatkan penderitaan jangka masa lama dan boleh juga boleh menyebabkan penyakit kejiwaan (tekanan perasaan).
Rawatan perlu dilakukan segera untuk menghindar pesakit menjadi lebih serius. Usahakan ditempat yang betul dan tidak merosakkan Akidah kita.

Video akan datang mengenai gangguan Jin bernama Toyol yang menggangu di sebuah taman perumahan dan Toyol tersebut sedang mencari "Tuan baru" untuk meminta makan, kerana Tuan lamanya telah mati.

AMALAN YANG PERLU DIAMALKAN OLEH PESAKIT-PESAKIT DAN AMALAN UNTUK KAUM MUKMIN SUPAYA TERHINDAR DARI ANCAMAN GANGGUAN SYAITAN


1. MENJAGA SOLAT 5 WAKTU
2. MEMBACA AL-QURAN
3. ZIKIRULULLAH
4. MENJAGA HATI DAN LIDAH


Sabda Rasulullah s.a.w "barang siapa meninggalkan solat (sembahyang) dengan sengaja maka kafirlah ia dengan nyata"


HINDARI DIRI ANDA DARI..........


1. BERJUMPA DENGAN PERAWAT YANG BOLEH MEROSAKKAN AKIDAH
2. MENGGUNAKAN TANGKAL ATAU AZIMAT
3. BERSAHABAT DENGAN JIN ATAU SYAITAN
4. BERSAHABAT DENGAN ORANG FASIK (ENGKAR PERINTAH ALLAH DAN RASULULLAH)


KISAH RASULULLAH S.A.W BERDAILOG DENGAN IBLIS


Iblis berkata kepada Rasulullah s.a.w : Wahai Rasulullah, kedatangan hamba berjumpa dengan tuan hamba adalah dengan izin dan perintah daripada ALLAH
yang mengutuskan Malaikat Nya berjumpa dengan hamba dan menyampaikan perintah ALLAH supaya hamba berjumpa dengan tuan hamba yang mulia. Sesungguhnya hamba diperintahkan supaya menjawab segala pertanyaan yang berkaitan dengan umat tuan hamba.

Dan sesungguhnya hamba bersedia untuk menjawab segala persoalan tersebut secara terus terang daripada segala tipudaya hamba atas sekelian manusia sejak dari zaman Nabi Adam hinggalah kezaman yang kemudian daripada tuan hamba. Sesungguhnya hamba akan menggoda kepada beberapa banyak simpang dan jalan yang sesat supaya mereka semua itu akan binasa dengan tipudaya hamba yang amat halus dan licin.

Rasulullah bertanya kepada Iblis, "Wahai Iblis, siapakah yang menjadi sebesar-besar seteru engkau dan apa pandangan engkau terhadap aku?"
Jawab Iblis : Tuan hamba adalah yang terlebih besar daripada seteru hamba yang terdapat di atas muka bumi ini. Dengan itu Nabi memandang kepada muka Iblis, lantaran itu gementarlah seluruh tubunnya kerana ketakutan. Kemudian Iblis berkata lagi "Ya Khatamil anbia' wal mursalin, sesungguhnya hamba dapat menyerupai sebarang rupa manusia, binatang dan lain-lain makhluk atas muka bumi ini hingga suara pun sedikit pun tidak bersalahan.

Namun demikian disebabkan oleh ketinggian darjat tuan hamba, hamba tidak dapat menyerupai sifat tuan hamba kerana ditegah dan dilarang oleh Allah. Sekiranya hamba berbuat demikian, nescaya terbakarlah hamba menjadi abu.

Tugas hamba menggoda dan mencabut iktikad anak Adam supaya mereka menjadi kafir serta derhaka kepada Allah kerana dengan sebab tuan hamba yang bersungguh-sungguh memberi bimbingan dan nasihat kepada umat manusia dengan memasukkan beberapa pengajaran kepada sekelian umat manusia supaya mereka itu berpegang teguh kepada agama Islam.

Oleh kerana itu hamba bersungguh-sungguh juga menarik mereka itu kepada kekafiran, murtad dan munafik. Hamba akan menarik sekelian umat manusia yang beragama Islam supaya meninggalkan jalan lurus beralih kepada jalan yang salah dan hamba berharaf agar mereka itu masuk ke dalam neraka bersama-sama dengan hamba dan kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.

Iblis juga akan menggoda orang-orang kafir supaya kekal dengan kekafiran mereka dan menggoda orang Islam supaya menjadi kafir dan derhaka kepada Allah.

Wahai Iblis! Dimanakah tempat tinggal engkau?

Iblis menjawab: Tempat tinggal aku adalah di rumah-rumah berhala dan pada mana -mana batu, kayu, tembaga dan sebagainya. Apabila ada orang yang menyembahnya, hamba cenderungkan hati mereka itu supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik itu. Supaya bertambah kuat pegangan mereka pada mensyirikkan Allah. Oleh kerana itu, hamba akan menggoda umat manusia supaya menyekutukan Allah dengan seluruh jiwa raga hamba.
Sudah berapa ramai umat tuan hamba yang sudah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan rumah berhala Hindu yang mana menunjukkan betapa nipisnya iman dan keyakinan mereka kepada Allah.


Wahai Iblis ! Apakah yang menjadi puji-pujian engkau?

Iblis menjawab: Perbuatan yang menjadi puji-pujian aku ialah orang-orang yang menyanyi, berpantun seloka dan suara bunyi-bunyian yang melalaikan. Akan tetapi orang-orang yang menyanyi, berpantun, berzanji, berselawat ke atas engkau dan bernasyid dengan tujuan memuji-muji Tuhan yang Maha Esa ke arah mendekatkan diri kepada-Nya bukanlah yang menjadi puji-pujian hamba malahan ia menambahkan lagi sakit hati hamba kepadanya.

Bersambung................................

No comments:

Post a Comment