Ibn Taimiyah didalam kitabnya Majmuul-fatawa menyatakan:

Maksudnya : " Mana-mana orang yang boleh mengarahkan Jin mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya, beribadat kepada Allah, dan mentaati Nabi-Nya sebagaimana ia menyuruh manusia maka ini adalah semulia-mulia Wali Allah. Dia juga adalah pengganti para Khalifah Rasul dan pembantunya."

Thursday, July 9, 2009

VIDEO RAWATAN

MASUKKAN 3 EKOR JIN DALAM BOTOL 

PELALAU (PENDAMPINGAN GADIS INDIA)



video

3 EKOR JIN JANTAN  MENJAGA GADIS SUPAYA TIDAK BOLEH KAWIN





Daripada hadith yang diriwayatkan oleh Baihaqi, seorang sahabat Nabi SAW bernama Abu Dajanah berkata, "aku telah mengadu kepada Rasulullah SAW dengan berkata", Wahai Rasulullah, sedang aku berbaring, tiba-tiba aku mendengar desiran suara seperti bunyi kisaran gandum dan berdengung seperti suara lebah. Dan aku terlihat pancaran seperti pancaran kilat. Lalu aku mengangkat kepala kerana terkejut dan takut. Tiba-tiba aku nampak bayangan hitam berdiri tegak memanjang memenuhi ruangan rumahku. Lalu aku mendekati bayangan itu, aku terasa kulitnya seperti bulu landak. Bayang itu menyemburkan cahaya seperti semburan bunga api ke arah mukaku sehingga aku menyangka badan dan rumahku terbakar."
Lalu Rasulullah SAW menerangkan, "Itu adalah syaitan yang mahu mengganggu dan membuat keburukan di rumahmu, wahai abu Dajanah."
Kemudian Rasulullah SAW menyuruh Ali bin Abi Talib menulis tulisan ini. Maka Saidina Ali pun menulisnya seperti berikut :

Maksudnya;
"Inilah perutusan dari Muhammad Rasul sekian alam. Kepada mereka yang datang mengerjakan umrah dan berziarah. Amma ba’du. Sesungguhnya kebenaran itu adalah perlindungan bagi kita. Jika engkau terlalu baik, jahat, pemimpin yang sebenar ataupun yang bathil. Inilah kitab Allah yang membicarakan dengan sebenar-benarnya kepada kita, sesungguhnya Kami mencatatkan apa yang kamu lakukan dan malaikat kami menulis segala apa yang engkau sembunyikan. Tinggalkanlah pembawa utusan ini dan pergilah kepada penyembah berhala dan mereka yang menyangka bahawa ada tuhan lain selain Allah. Katakanlah tiada tuhan melainkan Dia. Segala sesuatu akan hancur melainkan Dia. Baginyalah segala ketentuan dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. Haa Miiim, mereka tidak akan diberi pertolongan, Haa Miim, Ain Siiin Qaaf. Berpecah belahlah musuh-musuh Allah, Hujah Allah itu amat jelas, Tiada kekuasaan melainkan kekuasaan Allah. Allah akan memberikan kecukupan kepadamu, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Maha benarlah Allah Yang Maha Besar."
Aku membawa tulisan tersebut balik ke rumah dan aku letakkan di kepala dan tidur. Tidak lama kemudian, aku mendengar jeritan dan tangisan berkata, "Wahai Abu Dajanah, engkau telah membakar kami dengan perkataan/tulisan tersebut." Demi kebenaran sahabat Mu, tolonglah buangkan tulisan tersebut. Aku berjanji tidak akan datang mengganggumu lagi. Abu Dajanah menjawab, "Aku tidak akan membuangkannya sehingga Rasulullah menyuruh aku membuangnya."
Abu Dajanah menyambung ceritanya, sepanjang malam tersebut aku mendengar jeritan dan suara mengerang kesakitan sehinggalah menjelang subuh. Ketika aku sembahyang subuh bersama Rasulullah, aku pun menceritakan kepada baginda hal tersebut. Demi Allah yang telah mengutusku sebagai Rasul, sesungguhnya mereka (syaitan-syaitan) itu telah merasakan kesakitan dan akan menerima azab siksa hingga ke hari kiamat.



DOA NABI SULAIMAN




KREW EXPOSE MISTIK



WELCOME TO THE WORLD OF MYSTERY



BERDAILOG DENGAN JIN TOYOL




TOYOL MENCARI TUAN BARU
SUPERNATURAL REAL STORIES

MEMAKSA TOYOL BERCAKAP


video


TOYOL MINTA MAKAN DAN MENCURI
SUPERNATURAL REAL STORIES


video



TOYOL INI BERKELIARAN DISEBUAH TAMAN DAN MENGGANGGU PENDUDUK DISANA SELAMA LEBIH 2 TAHUN, PENDUDUK SERING TERNAMPAK DAN KETAKUTAN. TOYOL INI MENCARI TUAN BARU UNTUK MEMBERIKAN DIA MAKAN DARAH. SEMASA BERDAILOG BARULAH TERBONGKAR BAHAWA TUAN LAMANYA TELAH MENINGGAL DAN SI TOYOL MEMBURU TUAN BARU. TUGAS SI TOYOL ADALAH MENCURI WANG DARI ORANG-ORANG KAYA DAN MEMBERI KEPADA TUANNYA. USAHA UNTUK MENANGKAP JIN TOYOL ATAU YANG LAIN-LAINNYA INSYA-ALLAH BOLEH DILAKUKAN DENGAN CARA MEMERANGKAP SERTA MEMAKSA JIN TERSEBUT UNTUK BERTAUBAT SERTA MEMINDAHKAN KETEMPAT YANG LEBIH SELAMAT.




AKAN DATANG VIDEO TERBARU DAN MENAKUTKAN !



ASTRO PRIMA EXPOSE MISTIK PERUBATAN 11/12/08




video


RAWATAN DIPUSAT PERUBATAN ISLAM USTAZ AZIZI HJ MISBAH DI KLUANG JOHOR, MALAYSIA







EXPOSE MISTIK PERUBATAN SAKA HARIMAU









video

EXPOSE MISTIK PERUBATAN SIHIR PENYAKIT
SUPERNATURAL REAL STORIES


video


KISAH BENAR PESAKIT MISTERI

PENGALAMAN SAYA MERAWAT PESAKIT MISTERI
(kisah benar)
DIGANGGU OLEH JIN GUNUNG LAMBAK KLUANG
DAN GUNUNG PULAI(CERITA DI BAWAH)
Pesakit telah menderita selama beberapa bulan akibat lututnya yang bengkak dan tidak pulih-pulih serta disulam dengan penyakit kencing manisnya dia menjadi lebih parah sehingga meracau-racau dan terpaksa ditahan di Hospital Kluang selama beberapa hari, tetapi pihak Hospital hanya dapat mengesan penyakit kencing manisnya sahaja tetapi yang menghairankan lututnya yang bengkak bertambah parah hingga pesakit tidak dapat berdiri dan berjalan.
Atas nasihat keluraga, suami pesakit terpaksa berusaha cara lain untuk membantu isterinya pulih semula. Suami pesakit memohon cuti dari pihak Hospital untuk merawat pesakit secara kampung dan dengan izin ALLAH beliau berjumpa dengan saya di Pusat Rawatan saya.
Apabila saya bertanya kepada si suami apakah puncanya beliau tidak pasti dan tidak tahu bagaimana berlaku jadi saya berserah kepada ALLAH dan berusaha merawat pesakit. Semasa saya sedang membaca surah-surah lazim tiba-tiba pesakit menjerit-jerit dan menerekam kearah saya dengan suara yang garau dan lantang, "siapa kau......kenapa kacau aku........sambil ketawa dan menjerit.......dengan tidak membuang masa saya membaca surah-surah lebih kuat serta menghentak secara batin kearah pesakit ALLAHUAKABAR.........secara tiba-tiba pesakit rebah dan pesakit menjerit ketakutan.
saya mula bertanya dengan Jin tersebut dengan nada yang garang........"siapa kamu.....kenapa kamu menggangu makcik ni........
Sambil ketawa Jin itu menghilai dan berkata..."ha..ha... dia ni kurang ajar datang tempat aku tak beri salam cakap besar.....ha...ha.....ha......aku tolak dia padan muka dia...... ha.......ha.........sambil mengguling-gulingkan badan pesakit dan meghentak-hentak tutut pesakit.........tempat aku siapa suruh datang......"
Saya bertanya lagi "siapa kamu yang berani kacau makcik ni......" Jin tersebut menjawab, "aku Puteri bongsu gunung lambak Puteri yang ketujuh....tempat aku dengan kakak-kakak aku disini siapa suruh dia kacau aku....."
"Kamu ugama apa..." "aku islamlah" dia menjawab......."umur kamu berapa...." "aku baru seratus tahun lebih ja.....apa pasal kau sibuk-sibuk tanya" tengking dia ......"aku nak tau aja lepas tu aku minta kepada ALLAH supaya tangkap kamu pasal kamu kacau orang...." "itu aku punya pasallah.... dia yang kacau aku kasi dia sakitlaaaa......padan muka dia kurang ajar.........
"Kalau kamu degil juga aku minta pada ALLAH bakar kamu nak......." "ha....kalau kau boleh bakarlaaaaaa.......ha..ha......."sambil ketawa dan mengilai-gilai........
Dengan kuasa ALLAH saya pun memohon petunjuk dan menbaca serta menghalakan tapak tangan saya kearah pesakit yang sedang mengilai itu.....dan dengan kehendak ALLAH terpekik terlolonglah Jin tersebut yang bernama Puteri Bongsu tu dan berjurai-jurailah air matanya serta meminta tolong supaya dilepaskan kerana tidak tahan dengan kepanasan kerana terbakar.......
Atas sifat belas kasihan saya pun memohon kepada ALLAH yang Maha Berkuasa untuk mengislamkan semula Puteri Bongsu dan memberi amaran keras supaya tidak menggangu makcik tersebut dan dihantar pulang ke gunung lambak tempat asalnya. Untuk pengetahuan pembaca semua sekiranya anda berada digunung lambak Kluang dan mendengar atau melihat ayam hutan disana ini bermakna Puteri Bongsu dan kakak-kakaknya sedang berihat dan sedang bersiar-siar.......jadi hati-hati dan jangan cakap besar atau buat perkara-parkara maksiat disana........ada mahkluk yang tidak suka apa yang anda lakukan......bertanyalah kepada Ustaz-Ustaz yang faham dan jangan tanya pada bomoh nanti jadi mengarut-ngarut pulak. Segala perkara yang berlaku dan akan berlaku adalah atas kehendah ALLAH semata-mata, terjadinya sesuatu itu adalah sebagai pengajaran untuk kita supaya kita berfikir dan bukan untuk sebagai gurauan. Manusia itulah sebenarnya yang menzalimi dirinya sendiri........

DIGANGGU JIN PENUNGGU GUNUNG PULAI


Seorang remaja pemuda 19 tahun yang seronok bersama rakan-rakan bercamping di kawasan Gunung Pulai Johor pulang dengan perasaan gembira dan terhibur maklumlah dah lama tidak bersama-sama rakan-rakan bersuka ria sambil meghirup keindahan suasana nyaman di Gunung Pulai.


Petang itu apabila sampai saja dirumah terasa sesuatu yang amat tidak menyenangkan pada diri pemuda itu dan tiba-tiba pemuda itu rebah dan tidak sedarkan diri serta tubuh badannya meronta-ronta seperti terkena sawan.


Ibu bapa pemuda itu cuba untuk menyedarkannya tetapi ia bertambah berat lagi malah rontaanya bertambah kuat dan kuat,ibu bapanya terus saja membaya pemuda tersebut ke Pusat Kesihatan yang berhampiran tetapi masih tidak berubah. Melihat keadaan yang bertambah rumit itu Pihak Pusat Kesihatan mengambil keputusan untuk membawa pesakit tersebut ke Hospital Besar Johor Bahru dan dimasukkan ke wad ICU,serta diikat kaki tangannya kerana rontaan yang amat kuat.


Dalam masa berberapa minggu keadaan pemuda tersebut masih tidak berubah dan pemuda itu terpaksa ditebuk dikerongkongnya, dadanya juga di bahagian pinggangnya untuk untuk memudahkan Pihak Hospital menjalankan rawatan.
Ibu bapa pemuda tersebut tidak putus asa turut juga berusaha berubat dengan berbagai kaeadah dan diberapa tempat dan keputusannya sama juga, sehingga pada hari yang ke sebelas salah seorang Jururawat di Hospital tersebut yang juga pernah mengalami nasib yang sama berjumpa dengan ibu bapa pemuda tersebut dan katanya Doktor sudah habis iktiar kerana walaupun pemuda itu diberi suntikan untuk tidur keadaan pemuda tersebut masih sama tetap meronta-ronta. Atas nasihat Doktor dan Jururawat tersebut supaya ibu bapa pemuda itu berusaha cara lain untuk menyelamatkan nyawa pemuda tersebut.


Jururawat tersebut memberitahu alamat dan no telepon Pusat rawatan ini dan ibu bapa pemuda tersebut segera menghubungi saya dan datang ke Kluang. Segala apa yang telah berlaku diceritakan oleh ibu bapa pemuda itu kepada saya. Atas kehendak dan dengan Izin Allah saya berserah kepada Allah, dengan usaha dan pengalaman saya, saya cadangkan kepada Ibu bapa pemuda itu untuk menggunakan waris kerana si pemuda itu masih berada di wad ICU dan tidak boleh dirawat menggunakan badan pemuda itu.


Dengan Izin Allah saya menggunakan Ibunya sebagai waris untuk sesi mengesan dan rawatan, apabila semasa sesi mengesan saya membaca surah-surah lazim yang biasa digunakan oleh Rasulullah dan perawat-perawat islam Alhamdulillah gangguan yang didalam tubuh pemuda itu dapat dipindahkan ke jasad ibunya dan bermulalah dailog gangguan itu dengan saya....


Dengan suara yang marah Jin tersebut memekik-mekik dan meronta-ronta menggunakan jasad ibu pemuda itu......."kenapa kacau aku....kenapa kacau aku".....Saya bertanya dengan suara yang keras "Hi......musuh Allah siapa kamu......." "kenapa kamu ada disini" jawabnya"Oi...siapa kamu..." Saya bertanya lagi "siapa kamu ha....kamu nak selamat atau aku minta pada Allah supaya pancung kamu dan bakar kamu semua dengan api neraka jahanam selama-lamanya nak...." jawabnaya "aku adalah penunggu gunung ini kau nak apa hai manusia.......sambil di meronta-ronta "lepaskan aku kalau tidak aku bunuh budak ni.......ha...ha......Saya bertanya lagi "kenapa kamu ada kat sini apakah budak ni ada buat salah kat kamu...? jawabnya " haaa...taklah dia tak salah, aku suka kat dia laaa.....tolonglah aku tak nak keluar dari sini.....Saya bertanya lagi 'kamu berapa ramai kat sini..? Jawabnya "aku ada ramai kau nak buat apa.......Jawab saya "aku nak minta pada Allah supaya kamu semua diikat dan diseksa dengan api neraka jahanam.......Katanya "tolonglah jangan bakar kami sebenarnya kami ni suka kat budak ni dia ni handsome laa kami berkenan kat dia jadi kami ikutlah dia balik, kami nak di datang ketempat kami......Saya bertanya lagi."mana lagi kawan-kawan kamu"? Jawabnya "aku tinggal berdua aja jantan dan betina lagi yang lain dah lari" Kamu semua nak selamat tak ? Jawabnya " kami nak selamat tolonglah lepaskan kami"


Setelah Jin-jin tersebut diIslamkan dan membuat perjanjian dengan Allah supaya mereka tidak akan menganggu pemuda itu lagi, dan mereka meminta maaf kepada pemuda itu dan keluarganya mereka pun dihantar ke Mekah dengan izin Allah mereka selamat di sana.


Keesokkan harinya Jururawat yang menjaga pemuda itu memberitahu bahawa pemuda itu sudah pun sedar dan beransur-amsur pulih sehinggalah 2 bulan kemudian Pemuda dan keluarganya datang ketempat saya untuk mengesan semula pada jasad pemuda itu dikuatiri masih ada yang tertinggal dan keputusannya dia tiada masalah gangguan lagi. Dan saya juga melihat kesan-kesan tebukkan pada kerongkonnya dan dipinggangnya. Alhamdulillah segala perkara itu ada sebabnya dan ada pelajarannya jadi berfikirlah dan berdoalah supaya Allah sentiasa melindungi diri kita dan keluarga kita.

AKAN DATANG DI DAMPINGI JIN DARI TASIK BERA

PENJAGA BATU TASIK

Peristiwa ini berlaku pada minggu lepas, sepasang suami isteri serta anak-anak mereka pergi bercuti bersama keluarga mereka dikampung menuju ke sebuah Tasik yang indah di Malaysia iaitu Tasik Bera.

DiTasik Bera tempatnya amat indah dan mempersonakan, sambil berseronok disana terdetik hati si suami dan isteri untuk memiliki batu-batu yang cantik-cantik ditepi-tepi tasik. Mereka mengambil 3 guni batu-batu tasik untuk dibawa pulang dijadikan hiasan disekitar rumah mereka.

Keesokkan harinya setelah pulang dari tasik Bera Si suami jatuh demam dengan tidak semena-mena dan si isteri pula menjadi tak tentu arah, mereka dapati keluarga dikampung juga mengalami perkara yang sama. Si isteri semakin tidak selesa kedua-dua kakinya pijar seperti di bakar dan berat tak boleh berjalan hatinya berdebar-debar malam sukar untuk tidur. Si suami membawa si ister ke kelinik untuk diperiksa tetapi tiada masalah. Sehingga hari ke tiga si suami membawanya ke pusat Rawatan Islam Ustaz Azizi Hj Misbah.

Untuk kepastian setelah dibacakan air dengan surah-surah lazim si isteri tiba-tiba ketawa seperti kanak-kanak yang sangat manja, dailog...

Saya "Hai....musuh-musuh Allah siapa kamu?".......

Jin " Ayang akak......ayang akak...."( sayang kakak)

Saya "siapa kamu...?"

Jin " ayang akak....akak awa" (sayang kakak...kakak lawa) sambil ketawa.

Saya " kenapa kamu disini? kamu dari mana?

Jin " uka....uka....uka.....ayang akak....ari atu" (suka...dari batu)

Saya " kamu yang jaga batu tu....?

Jin "Ayang akak "sambil ketawa mengilai-ngilai

Saya "kenapa kamu kacau akak ni?

Jin "icing....icing...."(bising)

Saya terus membaca surah-surah minta kepada Allah supaya Jin tersebut di seksa dan memaksa Jin tersebut bercakap lagi.

Saya " kamu tua ka muda... cakap macam budak-budak?

Jin "ua? (tua)

Saya "kenapa cacau kakak ni?

Jin "uka...uka...uka...uka...uka....(suka)ketawa lagi.

Saya "lepas ni aku minta pada Allah tangkap kamu semua hantar ke Mekah nak...?"

Jin "anak" (tak nak)nak alik" "ayang akak....ayang akak....akak awa....akak iyak ya.....akak iyak ya......"(akak berak ya)

Rupa-rupanya kakak tu telah buang air besar di kawasan itu kerana tak tahan lagi, dan Jin tersebut rupanya sangat minat kepada kakak itu dan membawa rakan-rakannya sekali. Bila ditanya Jin tersebut adalah penjaga batu tasik tersebut. Kerana kakak itu telah mengambil tersebut mungkin banyak ia mengikut kakak sekeluarga balik dan menganggu keluarga tersebut.

Dengan paksaan dan amaran keras Jin tersebut terpaksa keluar dari tubuh kakak tersebut dan balik ketempat asalnya di Tasik Bera. Setelah kakak tersebut sedar dari rasukkan Jin itu kakak itu pun bercerita kepada saya apa yang berlaku, dan fahamlah saya...sebenarnya Jin tersebut memang suka mengusik. Dan kakak itu menyatakan bahawa semasa di dalam tidak sedar diri dia nampak rupa Jin tersebut yang memang sangat tua, tetapi bercakap macam budak-budak.

Setelah sisi rawatan selesai kakak itu merasakan kakinya mula ringan dan badannya tidak seperti sebelum rawatan. Pulanglah mereka dengan kesukuran dan ia menjadi satu pengajaran dan kenangan yang tak kan dilupakan. Sambil ketawa si suami mengeleng-gelengkan kepala menandakan kehairanan apa yang telah berlaku. Percaya tak percaya itulah kenyataan yang Allah berikan kepada hambaNya sebagai Pertunjuk. Batu yang dibawa tetap dijadikan perhiasan dirumahnya kerana Jin tersebut balik dengan tangan kosong.

Sekiranya kita pergi kesuatu tempat yang jauh dari manusia atau yang pelik masuklah ketempat itu dengan menyebut nama Allah dan bacalah surah-surah yang kita perlu tahu dan janganlah kita membuat sesuatu yang dilarang oleh Allah. Semoga kisah benar ini boleh dijadikan panduan dan pengalaman supaya kita tidak mengalami perkara yang sama kerana atas kesilapan kita sendiri.

DIRASUK OLEH JIN DI PANTAI DANGA BAY JOHOR BAHRU

Baru-baru ni saya mendapat panggilan talipon dari seseorang lelaki yang agak cemas pada jam 2.30 pagi, katanya dalam keadaan yang cemas "Ustaz boleh tolong tak kawan saya kena rasuk di kejar orang dengan pisau" saya tanya "dari mana ni ?" "Johor kat Danga bay kawan saya perempuan dia tak sedarkan diri menjerit-jerit dari pukul satu tadi" saya tengah paksa dia masuk kereta ni nak bawak kat tempat Ustaz"

Pada jam 6.00 pagi lepas subuh pesakit datang dengan kawannya 2 orang lelaki, seorang kawannya mendukung pesakit yang sedang meronta-ronta nak lari, selepas diletakkan ditempat rawatan pesakit itu masih meronta-ronta menjerit-jerit. "Ustaz berat ni Ustaz di kejar kami dengan pisau dari pukul 1pagi tadi kami cuba bacakan apa-apa tapi dia makin kuat tak larat kami nak pegang, dalam kereta tadi pun nak sampai sini dia lagi kuat nak balik" kata kawan lelakinya.

"Insya-Allah kita usahakan, sebelum tu saya nak tanya dia dulu" kata saya kepada pemuda itu. Setelah dibacakan beberapa potong ayat-ayat surah Al-fatihah dan surah Ayatul Qursi Jin tersebut bertambah berang dan sambil meronta di menjerit-jerit sekuat hati dengan suara garau" Aku nak balik jangan kacau aku" Dengan hentakkan yang bertalu-talu dan dan amaran yang keras Jin tersebut mula berkata-kata " Siapa kamu, kenapa kamu ganggu budak ni" kata saya kepada Jin tersebut. " Dia pijak aku, aku marahlah"katanya sambil meronta-ronta dengan suara garau. "Dia masuk kawasan aku buat apa, aku kacau dia la"

"Dengan nama Allah yang maha pengasih berilah petunjuk mu kepada musuh-musuh Mu ini Ya Allah siksa mereka seberat-berat siksaan bakar mereka dengan api neraka Jahanam Mu Ya Allah" sambil tangan saya menghala kearah badan pesakit dan menjeritlah Jin tersebut dan meronta-ronta, keadaan diwaktu itu amat menyeramkan sesiapa yang berada di situ terutama waktu masih pagi lagi, hampir sejam rawatan berjalan.

"Tolong aku! jangan siksa aku, hantar aku balik" katanya sambil merayu-rayu...."Baiklah kalau macam tu aku minta supaya Allah ampunkan kamu dan kamu kena berjanji kepada Allah dan aku kena ikut cakap aku mengucap masuk islam faham"! "Aku ikut kau tolonglah aku aku nak balik" "Kamu dari mana ni!" "Tanya budak ni dia tau aku dari mana tolonglah aku, aku nak balik"

Setelah selesai mengucap dan bertaubat Jin tersebut meminta maaf kepada pesakit dan mengucap salam dan berjanji tidak menggangu manusia lagi, pesanan saya kepada Jin tersebut "kamu sekarang telah selamat Allah selamatkan kamu dan telah mengislamkan kamu nanti kamu balik ketepat asal kamu kamu cari Ustaz-Ustaz golongan kamu belajar Islam dan jangan derhaka kepada Allah dan Rasulullah serta kepada Ustaz kamu, kamu buat amal ibadat sehingga hari kiamat. Sambil mengangguk Jin tersebut memberi salam dengan suara garau tapi nada yang lembut dan keluar melalui kaki dan tangan pesakit.

Setelah pesakit sedar saya pun bertanya kepada pesakit apa yang sebenarnya berlaku. Dengan keadaan dirinya yang lemah dia berkata dia dan kawan pergi ke Danga Bay untuk bersiar-siar selepas tu dia tak sedar sehinggalah sampai kesini.

Jadi berhati-hatilah terutama ditempat-tempat sunyi dan jauhilah perkara-perkara mungkar dan ini adalah satu pengajaran kepada sesiap pun. Selain manusia ada mahkluk lain yang Allah jadikan bersama-sama kita sebagai pengajaran buat siapa yang beringat. Wassalam. 01/06/10

AKAN DATANG DISIHIR OLEH PEKERJA SENDIRI

(DARI MELAKA)

ISTERI MELOLONG SEPERTI ANJING ANGKARA

SUAMI GUNA ILMU PENGGERUN

"Ustaz boleh tolong saya tak? kawan saya ni dia nak berubat dia tak boleh tahan anak dia tak henti-henti menangis dah beberapa bulan ni" kata seorang bekas pesakit saya yang menceritakan tentang kawannya yang bermasalah. "Insya-Allah boleh bawa kawan awak tu ke temapt saya kita buat scan dulu" kata saya.

Dalam sejam kemudian bekas pesakit saya datang dengan rakannya yang bermasalah bersama beberapa orang lagi ketempat saya bersama bayi pesakitPesakit mula bercerita apa yang berlaku terhadap dirnya dan anaknya. "Ustaz, anak saya baru 3 bulan tapi dia menangis tak henti-henti dari mula di lahir dia jadi macam ni saya risaulah Ustaz, saya dah bawa di ke kelinik dan hospital tapi anak saya tak ada masalah dia tak sakit, dia macam tak boleh duduk kat rumah saya, bila saya bawa keluar dari rumah dia macam elok aja." katanya dalam keadaan risau.

"Bila duduk kat rumah saya tu saya pun tak senag hati saya kerap nampak yang bukan-bukan. Sekarang ni saya dah tak boleh tahan saya duduk rumah kakak ni dah 2 minggu saya takut nak balik suami saya pun macam tu.

"Insya-Allah kita kan usahakan tapi kita kena buat rawatan dirumah awak macam mana?" tanya saya. "Boleh Ustaz tapi suami saya tak da dirumah dia ada tugas luar tapi dia yang suruh datang ni Ustaz" katanya. "Takpa Kakak ni dan suaminya ada sebagai saksi". Sesampai kami kerumah pesakit yang 2 minggu ditinggal 2 ekor anjing hitam menyalak-yalak seakan-akan ada sesuatu yang tak kena, "Ok, masuk cepat nanti anjing tu serang kita pulak" pesan saya kepada semua yang datang. Sebelum rawatan saya pergi naik ketingkat atas rumah pesakit dan saya dapati ada tempat pembakaran kemian tapi saya tak tanya kat pesakit. Setelah pesiapan sedia saya pun membaca surah-surah lazim keatas segelas air dan memberi minum kepada pesakit tersebut.

Semasa saya membaca surah-surah kepada pesakit,pesakit mula bertindak balas seperti seekor anjing dan melolong seperti cerita warewolf, anjing yang diluar yang bisiang tadi tiba-tiba senyap tak berbunyi lagi,mungkit bunyi warewolf ni lagi kuat agaknya. Pesakit melolong seperti anjing terus menerus,saya risau juga kerana waktu tu waktu malam dan berjiran dengan kaum cina. Saya meneruskan rawatan dan mula berdailog "Siapa kamu hai musuh-musuh Allah" "kenapa kamu disini?" pesakit masih melolong lagi dan ia semaki kuat macam sedang marah.

"Siapa kamu" tanya saya lagi sambil satu hentakkan yang kuat ke dada pesakit menggunakan hentakkan batin. Sambil mengelitik suara Jin itu mula berkata "aku penjaga dia aku dah lapar lama tak makan" dan terus melolong dan meronta-ronta sehingga pesakit terpaksa di pegang oleh Kakak dan yang datang. "aku nak makan"......"Kenapa kamu ada disini" tanya saya dengan keras "kamu degil aku minta pada Allah bakar kamu dengan api neraka jahanam" Aku penjaga laki dia, bini dan anak dia adalah makanan aku, dia tak pandai bagi aku makan" "Aku anjing dari bapak dia, aku nak makan" Hentakkan demi hentakkan akhirnya Jin anjing tersebut lebih kurang 6 ekor berwarna hitam terpaksa mengalah dan dapat di Islam dan di hantar ke Mekah denga selamatnya.

Setelah sedar pesakit menceritakan bahawa anjing tersebut amat besar dan garang,tetapi masih tak tahu apa puncanya.

Seminggu kemudian si suami datang membawa isterinya ketempat saya,"Ustaz saya datang ni nak buat scan badan saya pulak takut-takit ada yang tak kena, tapi Ustaz saya tak ada pakai apa-apa ilmu pun dan saya takda saka" katanya dengan penuh yakin."Jadi kamu ni datang untuk apa" tanya saya kepada suami pesakit.

"Saya nak kan kepastian untuk badan saya" "Insya-Allah kita buat chek pakai isteri kamu boleh" "Boleh Ustaz" jawapnya.

Setelah air dibacakan siisteri mula bertindak balas melolong seperti anjing seperti rawatan pertama pada isterinya. Sisuami mula panik dan hanya dapat melihat apa yang berlaku dan kali ini agak lebih ganas melolong dan jin tersebut memarahi sisuami dengan teeruk sekali. Kali ini jin yang bertidak balas tadi adalah yang beraada didalam tubuh badan suami. "Aku yang jaga kamu mana makanan aku, aku nak makan" sambil melolong-lolong seperti anjing yang memanggil bulan, sisuami amat reseh dan tak tentu arah.

"Baiklah sekarang ni aku perintahkan kamu semua pergi ke Mekah cari kawan-kawan kamu yang telah Islam kamu semua belajar Islam kat sana dan kamu semua takda usrusan lagi disini faham" kata saya dengan nada arahan" Sambil menggangguk Jin-jin tersebut yang telah diIslamkan memberi salam dan keluar melalui kaki dan tangan pesakit.

Setelah pesakit sedar,si suami berkata kepada saya dengan nada yang kesal." Ustaz sebenarnya saya ada menuntut dengan bapa saya ilmu penggeru tapi tak ta tau saya sampai jadi macam ni, ilmu saya tu guna Jin anjing, jadi macam mana ni Ustaz? tanyanya lagi, " Pengerun ni bayak jenis ada yang pakai Jin harimau ada pakai anjing ada yang pakai hantu gunung mana yang garang itulah untuk pengerun maksudnya supaya orang lain takut berhadapan dengan pengamal" Sekarang ni masih ada ramai lagi orang Islam dan kafir menggunakan ilmu ini terutama orang yang berpangkat tinggi dan ada kuasa supaya orang lain gerun bila tengok muka dia dan ikut apa yang di cakap"

"Kamu bertaubat kepada Allah, ini adalah kesalahan yang amat berat kamu syirik kepada Allah bertaubatlah kamu sebenar-benar taubat sekirnya kamu lambat berubat saya pasti isteri dan anak kamu akan menjadi mangsa sebagai makanan mereka. Allah memberi petunjuk awal supaya kamu sedar dan mengubah cara hidup dan akidah kamu, jangan diulang lagi ilmu Allah itu luas carilah yang Hak dan bukan yang bathil. Insya-Allah hidup kamu akan berubah dan Allah akan memberi kamu rezeki yang tak disangka-sangka".

Pangkat dan wang ringgit sekiranya digunakan dengan cara yang diredhai Insya-Allah amanlah si pemiliknya dan sekiranya digunakan kepada kemungkaran huru-haralah si pemiliknya.