Ibn Taimiyah didalam kitabnya Majmuul-fatawa menyatakan:

Maksudnya : " Mana-mana orang yang boleh mengarahkan Jin mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya, beribadat kepada Allah, dan mentaati Nabi-Nya sebagaimana ia menyuruh manusia maka ini adalah semulia-mulia Wali Allah. Dia juga adalah pengganti para Khalifah Rasul dan pembantunya."

Saturday, June 20, 2009

SELAMAT DATANG

PUSAT RAWATAN ISLAM USTAZ AZIZI HJ MISBAH

SELAMAT DATANG KE DUNIA MYSTERY ANDA

DIALOGE WITH EVIL SPIRITS

Merawat penyakit-penyakit misteri secara kebatinan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa sebagai usaha untuk membantu semua golongan masyarakat (semua bangsa) yang menghadapi masalah penyakit misteri Jasmani dan Rohani dengan izin Allah s.w.t.

Introducing Islamic method using Al-Quran sentence and pray to help all people from any race to cure mysteriouse desease by permission of muslim God (ALLAH S.W.T)

JENIS-JENIS RAWATAN YANG DIJALANKAN

TYPES OF TREATMENT

1- Mengesan dan menangkap Jin / Hantu di dalam dan di luar tubuh badan

Detecting Jin's and ghost from inside and outside the body


2- Merawat pesakit berpunca dari sihir yang tidak diketahui

Treated the patient that attacted by the unknown black magic


3- Merawat pesakit yang di rasuk / histeria atau pukau

Treated the patient that has been curse or in hysteria


4- Merawat pesakit yang diganggu saka,dampingan atau pelalau

Treating the patient that suffer from perennial, evil spirits and pelalau's


5- Merawat pesakit moden yang terlibat dengan makhluk halus atau tidak

Treating modern patient that involve their soul with unknown spirit


6- Merawat gangguan rumah tangga/gangguan hubungan suami isteri dan keluarga

Treating the problem between husband and wife reletionship cause by the evil spirit


7- Berdialog dengan Jin / Hantu dan memindahkan mereka ketempat selamat iaitu Mekah

Dialoge with Jin's and Ghost / Evil spirit then transfer them to safe places (Makkah)


8- Mengesan, merawat serta membersihkan pesakit dari gangguan Jin / Hantu

Striking, treating and "clean up" the patient from disturbing of Evil spirits


9- Menangkap Jin / Hantu yang mengganggu kediaman / kedai / tanah /keris atau pusaka

Cauged Evil spirits that disturbing houses, shops, gardens, keris's









Friday, June 12, 2009

Friday, June 5, 2009

PUSAT RAWATAN ISLAM

PUSAT RAWATAN ISLAM USTAZ AZIZI HJ MISBAH

SELAMAT DATANG KE DUNIA MYSTERY ANDA

Dengan izin ALLAH S.W.T dan dengan Rahmat NYA ruangan ini di sediakan untuk membuka pintu hati sesiapa pun sebagai mencari jalan keluar dari di belenggu ancaman dunia misteri yang tiada penghujungnya, kita sebagai Mahkluk ALLAH yang kerdil ini di perintahkan untuk berdoa dan berusaha sebagai jalan untuk berjuang menentang musuh-musuh ALLAH yang tidak berputus asa menyesatkan dan memerangkap kita kejalan kesesatan.

Maka ! renunglah dan fikirkanlah siapa diri kita, dimana kita sekarang. Dimana musuh-musuh kita.......

Merawat penyakit Misteri dengan secara kebatinan menggunakan Doa-Doa dan Ayat-Ayat Al-Quran sebagai usaha untuk membantu semua golongan masyarakat (semua bangsa dan agama) yang menghadapi masalah penyakit Misteri Jasmani dan Rohani dengan Izin ALLAH S.W.T.


Jenis rawatan yang dijalankan :

1. Mengesan ganggaun Jin / Hantu didalam / luar badan dan dikediaman.

2. Merawat pesakit yang penyakit berpunca dari Sihir yang tidak diketahui.

3. Merawat pesakit yang dirasuk atau gangguan didalam badan / luar badan.

4. Menangkap Jin / Hantu yang mengganggu dikediaman dan kedai atau dipersekitaran.

5. Merawat pesakit yang mempunyai dampingan/saka.

6. Mengesan dan merawat serta membersihkan diri dari gangguan.

7. Merawat pesakit Misteri / Modern yang melibatkan Mahkluk halus.

8. Berdailog dengan Jin / Hantu dan memindahkan ketempat lain. (MEKAH / MADINAH)

Rawatan dijalankan secara berdailog dengan Jin / Hantu yang mengganggu badan pesakit atau wakil pesakit untuk mengetahui punca penyakit atau gangguan dengan izin Allah. Pesakit hendaklah hadir ditemani oleh waris / wakil untuk menyaksikan semasa rawatan dijalankan.Segala perbualan atau aksi dengan Jin tersebut akan / boleh dirakam oleh perawat / wakil sebagai bukti rawatan.



Pesakit perlu menyediakan sebotol AIR MINERAL SATU LITER ,GARAM KASAR dan keperluan untuk mandi / tuala / kain.
KOS ATAU HADIAH RAWATAN TELAH DITETAPKAN OLEH PERAWAT BERGANTUNG JENIS DAN KEADAAN PESAKIT. ATAU PESAKIT/WAKIL SENDIRI MENILAIKAN KEADAAN MEREKA. SILA RUJUK KEPADA PERAWAT.
UNTUK RAWATAN SILA HUBUNGI PERAWAT UNTUK TEMUJANJI AWAL.

TERIMA KASIH
ALAMAT : PUSAT RAWATAN ISLAM USTAZ AZIZI HJ MISBAH
NO : 9, JALAN ZAMRUD, TAMAN SRI MERNANTI,
KLUANG, JOHOR, MALAYSIA
H/P : +60167495801

USTAZ AZIZI HJ MISBAH

Thursday, June 4, 2009

APA ITU WARIS...PENGERTIAN SAKA, SIHIR DAN TUMPANGAN



Wakil.....saya istilahkan wakil adalah pengganti pesakit yang tidak mampu atau tidak dapat hadir semasa rawatan kerana terlalu uzur atau kerana keengganan pesakit untuk tujuan rawatan. Wakil adalah dari keluarga tak kira siapa tetapi ada pertalian kepada pesakit. Ini tujuan adalah untuk menghindarkan dari pembohongan berlaku.

Cara rawatan saya adalah berdailog dengan musuh Allah Insya-Allah, jadi sekiranya wakil berbohong semasa berdailog itu urusan mereka saya hanya berusaha merawat sahaja.Saya pasti mereka tidak berlakon kerana tengok cara mereka menjerit dan meronta pun tahu siapa dia..... Air dan garam..........air eloklah dibawa oleh pesakit kerana saya takut nanti pesakit atau waris kata saya bubuh sesuatu didalam air,....jadi puas hati pesakit bawa air sendiri dan garam untuk mandi,...


Alhamdulillah saya doakan Saudara-saudari sihat dan dijauhkan dari penyakit-penyakit Misteri kerana penyakit ini tak nampak dan nak pulih pun payah. Semoga berjaya dalam amal ibadah dan ALLAH merahmati kita semua. Dan nasihat saya, hindarilah diri anda dari berjumpa dengan Bomoh atau Dukun ini kerana dari perbuatan ini akan lebih menyesatkan serta memudahkan lagi golongan Syaitan menyakitkan anda serta merosakkan Akidah anda. Insya-Allah. Wassalam.

Waris..........? Waris adalah Isteri atau Suami atau Anak atau saudara yang terdekat yang boleh membantu menyelesaikan masalah pesakit dengan menggunakan jasad Waris sementara untuk menangkap Gangguan yang terdapat pada Pesakit. Waris adalah sama seperti Wakil yang rela hati untuk membantu Pesakit.

PENJELASAN TENTANG SAKA

Ramai pesakit saya yang musykil tentang panggilan yang diberikan oleh orang tua-tua dahulu tentang Mahkluk halus yang mengganggu atau mendamping sesaorang jadi saya di sini ingin berkongsi serba sedikit dari pengalaman saya dengan izin ALLAH.

1. Apa itu Saka.............. Saka adalah dari belaan orang tua-tua atau dari warisan dahulu(atuk moyang)yang banyak digunakan untuk tujuan berperang,berkebun,menjaga kebun,kebal,boleh ghaib,kecantikkan,sihir,kekuatan, bersilat dan sebagainya yang digunakan oleh orang-orang dulu.Tetapi sekarang masih ada individu yang mengamalkan. Kebanyakan Saka ini adalah dari golongan Jin dan Syaitan yang berugama atau pun tidak.Jin ini akan diberi makan mengikut perjanjian yang dibuat oleh pengamalnya, ada yang setiap hari atau setiap bulan atau setiap tahun, Saka ini akan berdamping dengan tuannya untuk tujuan menjaganya dari bahaya atau peperangan.

Apabila tuannya meninggal dunia Saka ini akan memilih untuk mendampingi waris tuannya atas pilihan tuannya atau atas pilihan saka tersebut,diantara anak atau cucu tuan lamanya.Kebanyakkan waris yang mempunyai saka tersebut tidak tahu menahu tentang adanya saka didirinya sehingga berlakunya gangguan terhadap diri tersebut.Ada yang mengetahuinya tetapi merahsiakan tetapi tidak dapat mengawal Saka tersebut hinggalah saka tersebut melakukan sesuatu atas tujuan yang tertentu.

Saka juga boleh berlaku kepada individu yang menuntut ilmu kebatinan yang terpesong dari akidah Islam. Tujuan yang sama untuk pendinding badan, perniagaan, pengaruh, kebal, kecantikkan dan sebagainya.Ada juga individu ini menggunakan mahkluk ini sebagai tangkal, cincin, minyak wangi, susuk atau wafak sebagai tempat mahkluk tersebut duduk.Boleh juga dipanggil Kadam, apabila tuannya dalam keadaan nazak mahkluk ini akan berpindah kepada pewaris yang lemah atau yang disukai.

Pada hari ini ramai yang saya jumpa mereka memakai cincin yang orang kata ada isi,cuba anda tanya kepada kawan-kawan anda yang memakai cincin yang pelik-pelik,tentu sekali mereka akan berkata dengan yakin.........untuk pendinding,pelaris,ong dan sebagainya.Cuba fikirkan.

2. Sihir............. Sihir adalah gangguan yang berlaku keatas sesaorang yang mengakibatkan penyakit atau gangguan fikiran yang amat rumit, Sihir berlaku disebabkan Jin atau Syaitan yang dihantar oleh sesaorang yang berdendam atau dengki atau cemburu dengan menggunakan khidmat sesaorang yang menggunakan secara ilmu hitam atau memuja Jin atau syaitan dengan jalan yang terpesong dari ajaran Islam.

Sihir mudah dilakukan dan amat rumit untuk di selesaikan tetapi setiap penyakit itu ada ubatnya. ALLAH sahaja yang mengetahui dan menentukan. Kebanyakkan Sihir yang selalu berlaku adalah Sihir penyakit yang Kronik tetapi tidak dapat dikesan oleh pihak Doktor atau pakar.Dari pengalam saya yang lalu saya dapati Jin sihir ini akan duduk di dalam badan atau urat saraf orang yang terkena sihir ini untuk menyakitkan anggota badan atau organ pesakit sehingga pesakirt menderita bertahun-tahun lamanya.

Ada juga yang boleh menguasai pesakit sehingga pesakit tersebut menjadi gila atau mengganas. Sihir juga boleh berlaku kepada keluarga yang terdekat seperti suami isteri, anak-anak atau ibu bapa,ini menyebabkan keadaan huruhara, berlalu pergaduhan, permusuhan yang memelikkan. Sihir yang serius adalah sihir yang berulang iaitu setelah dirawat ia berulang kembali disebabkan dari pihak penghantar yang tidak berpuas hati kerana sihirnya tidak berkesan lagi, lalu menghantar kembali menggunakan khidmat pemuja yang lain sekiranya pemuja yang lama tewas.


Biasanya dengan Izin ALLAH sihir ini akan pulih apabila pihak penghantar dan pemuja dimusnahkan atau diberi balasan yang setimpal atas kekufuran mereka oleh ALLAH S.W.T.

3. Tumpangan atau dampingan.................. Tumpangan atau dampingan berlaku kepada sesaorang yang lemah imannya atau semangatnya,banyak berlaku kepada kaum wanita ada juga berlaku pada kaum lelaki tetapi jarang-jarang. Kebanyak berlaku apabila Jin atau Syaitan tersebut bermusuh atau berminat terhadap sesaorang manusia terutama wanita, kenapa?......kerana kecantikkan, aurat yang terbuka(nafsu)atau dari niat atau perkataan yang diucapkan. Jin tersebut datangnya dari mana sahaja, mungkin dirumah, dijalanan, dihutan, diperkelahan atau dipermis pekerjaan dimana saja. Sama seperti manusia yang meminati sesaorang Cinta pandang pertama.

Begitu juga Jin dan Syaitan................. Jin yang bermusuh pula memasuki tubuh sesaorang disebabkan dendam atau marah kerana sesuatu sebab,seperti pesakit telah mengganggu tempat kediamannya atau telah mencederakan keluarganya atau dirinya sendiri,dengan sengaja atau tidak. Pesakit akan menderita sakit atau pesakit akan banyak berhayal seperti orang bercinta, hidup mereka seakan mempunyai 2 alam.


PUNCA PENYAKIT MISTERI DAN JASMANI

Firman ALLAH di dalam Surah Yunus ayat ke 57 :

Ertinya : "Wahai manusia telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang di dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman"

KAJIAN DARI SUMBER PERUBATAN SECARA ISLAM TELAH MENGENAL PASTI BAHAWA 75% PENYAKIT PADA ZAMAN INI BERMULA DARIPADA GANGGUAN KEROHANIAN (HATI), YANG MENGAKIBATKAN KEMEROSOTAN KEPADA FUNGSI-FUNGSI JASMANI (TUBUH BADAN) DAN BERLAKULAH PENYAKIT-PENYAKIT MODERN YANG AMAT MERBAHAYA. PENYAKIT KEROHANIAN SEPERTI:

1. TERTEKAN
2. KECEWA
3. SEDIH
4. PUTUS ASA
5. KELIRU
6. TERPERANJAT
7. MELATAH
8. GAGAP
9. BINGGUNG
10. MURUNG
11. BERHAYAL
12. ASYIK (LALAI)
13. GELISAH.
14. TIADA KEYAKINAN DIRI
15. PATAH HATI

PENYAKIT KEROHANIAN INI AKAN LEBIH BERTAMBAH BERAT APABILA BERLAKUNYA PENYAKIT SAMPINGAN PENYAKIT-PENYAKIT MISTERI YANG TIDAK DIDUGA SEPERTI :

1. SAKA
2. SIHIR
3. DAMPINGAN
4. TUMPANGAN
5. GANGGUAN DIKEDIAMAN PENYAKIT INI BERLAKU KEPADA KANAK-KANAK DAN DEWASA.

PENYAKIT MODERN SEPERTI :

1. SEMUA JENIS KANSER
2. SAWAN
3. HILANG INGATAN
4. BERAT BADAN BERLEBIHAN / BERKURANGAN (NAFSU)
5. LUMPUH SEPARUH BADAN / SELURUH BADAN (SARAF)
6. PENYAKIT YANG TIDAK DAPAT DIKESAN DAN DIRAWATI
7. DARAH TINGGI

8. KEMEROSOTAN FUNGSI ORGAN TUBUH SEPERTI :

1). KENCING MANIS
2). PENYAKIT BUAH PINGGANG
3). PENYAKIT JANTUNG
4). USUS / BUASIR
5). PENYAKIT JANGKITAN DAN BERBAGAI LAGI / PENYAKIT TERBARU.

HARI INI RAMAI PESAKIT-PESAKIT BERGANTUNG KEPADA UBAT-UBATAN YANG AKAN MELEMAHKAN LAGI FUNGSI KEROHANIAN DAN JASMANI PADA DIRI MASING-MASING TANPA MERAWAT PUNCA PENYAKIT YANG SEBENARNYA IAITU HATI (JIWA). INSYA-ALLAH CARILAH UBAT YANG SEBENARNYA SEBAGAI PENAWAR UNTUK PENYAKIT ROHANI DAN JASMANI ANDA. ANDA SAHAJA YANG MAMPU MERAWATNYA DENGAN DOA DAN USAHA ANDA. WASSALAM.

CARA-CARA RAWATAN DIJALANKAN OLEH PERAWAT

CARA RAWATAN DIJALANKAN OLEH PERAWAT

Sebelum memulakan rawatan untuk menangkap Mahkluk Jin atau Hantu, pesakit akan di beri air yang di bacakan dengan surah-surah dan doa-doa dan di minum. Dengan Izin ALLAH setiap penyakit dan setiap perkara itu berlaku adalah atas kehendak ALLAH.

Langkah pertama adalah mengesan gangguan kepada pesakit.(Scaning)

Mengesan akan mengambil masa lebih kurang 10 hingga 20 minit,sekiranya terdapat gangguan di dalam atau di luar tubuh pesakit, pesakit akan berkelakuan yang pelik atau ganjil seperti ;

a. Berlaku pergerakan yang kuat pada jari tangan, kaki, mata dan pada seluruh anggota badan pergerakan yang ringan atau yang sangat kuat.

b. Jin akan berkata-kata atau menjerit-jerit dengan menggunakan jasad pesakit, semasa ini pesakit antara sedar atau tidak sedar.

c. Jin akan meminta tolong atau merayu-rayu meminta supaya di lepaskan.

Langkah ke dua berdailog dengan Jin tersebut dan menangkap serta mengeluarkannya.

a. Bertanya asal usul Jin tersebut, namanya, ugamanya, tempat asalnya dan siapa tuannya.

b. Memaksa Jin tersebut untuk bertaubat dan memeluk Islam dengan cara baik atau dengan
cara yang menyeksakan,serta memohon maaf kepada pesakit atau mereka yang terlibat.

c. Mengislamkan Jin tersebut dan memberitahu perkara yang betul di dalam Islam.

d. Menghantar Jin tersebut ke Mekah dan meminta pertolongan kepada ALLAH semata-mata.

e. Setelah Jin di keluarkan pesakit akan di mandi oleh Waris/Wakil untuk menghilangkan bekas-bekas yang di tinggalkan oleh Jin tersebut.

f. Pesakit akan di beri amalan-amalan dan pesanan-pesanan untuk supaya gangguan tidak akan berulang kembali. Insya-Allah.

note: setiap rawatan atau mengesan dikenakan hadiah atau bayaran. terima kasih.

Wednesday, June 3, 2009

SIHIR PENYAKIT JANTUNG


SIHIR PENYAKIT JANTUNG


Pesakit ini menghidapi penyakit jantung sejak 3 tahun lalu. Waktu tidurnya diganggu oleh lembaga berupa mawas, & menurutnya rupanya seperti "King Kong" yang mencekik & menghempap beliau semasa tidur. Pesakit telah menjalani rawatan di Hospital dan membuat scanning tetapi keputusannya amat menghampakan, dan telah berusaha di Pusat rawatan lain juga jawapan yang sama. Alhamdulillah setelah mendapat rawatan di Pusat Rawatan Islam

Ustaz Azizi disini barulah terbongkar angkara sihir yang menakutkan serta mengancam nyawa pesakit serta keturunannya. Banyak lagi aksi rawatan akan disiarkan sebagai pengajaran untuk mendalami ilmu dan takwa kita kepada
ALLAH S.W.T YANG MAHA MEMBERI PETUNJUK.

Saksikan antara sedutan rawatan yang dijalankan.

Atas pengalaman Perawat penyakit-penyakit ini dengan izin ALLAH boleh dirawat dengan merawat punca penyakit tersebut. Sekiranya tidak dirawat pesakit akan mengalami penyakit Jasmani yang serius dan boleh mengakibatkan penderitaan jangka masa lama dan boleh juga boleh menyebabkan penyakit kejiwaan (tekanan perasaan).
Rawatan perlu dilakukan segera untuk menghindar pesakit menjadi lebih serius. Usahakan ditempat yang betul dan tidak merosakkan Akidah kita.

Video akan datang mengenai gangguan Jin bernama Toyol yang menggangu di sebuah taman perumahan dan Toyol tersebut sedang mencari "Tuan baru" untuk meminta makan, kerana Tuan lamanya telah mati.

AMALAN YANG PERLU DIAMALKAN OLEH PESAKIT-PESAKIT DAN AMALAN UNTUK KAUM MUKMIN SUPAYA TERHINDAR DARI ANCAMAN GANGGUAN SYAITAN


1. MENJAGA SOLAT 5 WAKTU
2. MEMBACA AL-QURAN
3. ZIKIRULULLAH
4. MENJAGA HATI DAN LIDAH


Sabda Rasulullah s.a.w "barang siapa meninggalkan solat (sembahyang) dengan sengaja maka kafirlah ia dengan nyata"


HINDARI DIRI ANDA DARI..........


1. BERJUMPA DENGAN PERAWAT YANG BOLEH MEROSAKKAN AKIDAH
2. MENGGUNAKAN TANGKAL ATAU AZIMAT
3. BERSAHABAT DENGAN JIN ATAU SYAITAN
4. BERSAHABAT DENGAN ORANG FASIK (ENGKAR PERINTAH ALLAH DAN RASULULLAH)


KISAH RASULULLAH S.A.W BERDAILOG DENGAN IBLIS


Iblis berkata kepada Rasulullah s.a.w : Wahai Rasulullah, kedatangan hamba berjumpa dengan tuan hamba adalah dengan izin dan perintah daripada ALLAH
yang mengutuskan Malaikat Nya berjumpa dengan hamba dan menyampaikan perintah ALLAH supaya hamba berjumpa dengan tuan hamba yang mulia. Sesungguhnya hamba diperintahkan supaya menjawab segala pertanyaan yang berkaitan dengan umat tuan hamba.

Dan sesungguhnya hamba bersedia untuk menjawab segala persoalan tersebut secara terus terang daripada segala tipudaya hamba atas sekelian manusia sejak dari zaman Nabi Adam hinggalah kezaman yang kemudian daripada tuan hamba. Sesungguhnya hamba akan menggoda kepada beberapa banyak simpang dan jalan yang sesat supaya mereka semua itu akan binasa dengan tipudaya hamba yang amat halus dan licin.

Rasulullah bertanya kepada Iblis, "Wahai Iblis, siapakah yang menjadi sebesar-besar seteru engkau dan apa pandangan engkau terhadap aku?"
Jawab Iblis : Tuan hamba adalah yang terlebih besar daripada seteru hamba yang terdapat di atas muka bumi ini. Dengan itu Nabi memandang kepada muka Iblis, lantaran itu gementarlah seluruh tubunnya kerana ketakutan. Kemudian Iblis berkata lagi "Ya Khatamil anbia' wal mursalin, sesungguhnya hamba dapat menyerupai sebarang rupa manusia, binatang dan lain-lain makhluk atas muka bumi ini hingga suara pun sedikit pun tidak bersalahan.

Namun demikian disebabkan oleh ketinggian darjat tuan hamba, hamba tidak dapat menyerupai sifat tuan hamba kerana ditegah dan dilarang oleh Allah. Sekiranya hamba berbuat demikian, nescaya terbakarlah hamba menjadi abu.

Tugas hamba menggoda dan mencabut iktikad anak Adam supaya mereka menjadi kafir serta derhaka kepada Allah kerana dengan sebab tuan hamba yang bersungguh-sungguh memberi bimbingan dan nasihat kepada umat manusia dengan memasukkan beberapa pengajaran kepada sekelian umat manusia supaya mereka itu berpegang teguh kepada agama Islam.

Oleh kerana itu hamba bersungguh-sungguh juga menarik mereka itu kepada kekafiran, murtad dan munafik. Hamba akan menarik sekelian umat manusia yang beragama Islam supaya meninggalkan jalan lurus beralih kepada jalan yang salah dan hamba berharaf agar mereka itu masuk ke dalam neraka bersama-sama dengan hamba dan kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.

Iblis juga akan menggoda orang-orang kafir supaya kekal dengan kekafiran mereka dan menggoda orang Islam supaya menjadi kafir dan derhaka kepada Allah.

Wahai Iblis! Dimanakah tempat tinggal engkau?

Iblis menjawab: Tempat tinggal aku adalah di rumah-rumah berhala dan pada mana -mana batu, kayu, tembaga dan sebagainya. Apabila ada orang yang menyembahnya, hamba cenderungkan hati mereka itu supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik itu. Supaya bertambah kuat pegangan mereka pada mensyirikkan Allah. Oleh kerana itu, hamba akan menggoda umat manusia supaya menyekutukan Allah dengan seluruh jiwa raga hamba.
Sudah berapa ramai umat tuan hamba yang sudah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan rumah berhala Hindu yang mana menunjukkan betapa nipisnya iman dan keyakinan mereka kepada Allah.


Wahai Iblis ! Apakah yang menjadi puji-pujian engkau?

Iblis menjawab: Perbuatan yang menjadi puji-pujian aku ialah orang-orang yang menyanyi, berpantun seloka dan suara bunyi-bunyian yang melalaikan. Akan tetapi orang-orang yang menyanyi, berpantun, berzanji, berselawat ke atas engkau dan bernasyid dengan tujuan memuji-muji Tuhan yang Maha Esa ke arah mendekatkan diri kepada-Nya bukanlah yang menjadi puji-pujian hamba malahan ia menambahkan lagi sakit hati hamba kepadanya.

Bersambung................................