Ibn Taimiyah didalam kitabnya Majmuul-fatawa menyatakan:

Maksudnya : " Mana-mana orang yang boleh mengarahkan Jin mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya, beribadat kepada Allah, dan mentaati Nabi-Nya sebagaimana ia menyuruh manusia maka ini adalah semulia-mulia Wali Allah. Dia juga adalah pengganti para Khalifah Rasul dan pembantunya."

Thursday, June 4, 2009

APA ITU WARIS...PENGERTIAN SAKA, SIHIR DAN TUMPANGAN



Wakil.....saya istilahkan wakil adalah pengganti pesakit yang tidak mampu atau tidak dapat hadir semasa rawatan kerana terlalu uzur atau kerana keengganan pesakit untuk tujuan rawatan. Wakil adalah dari keluarga tak kira siapa tetapi ada pertalian kepada pesakit. Ini tujuan adalah untuk menghindarkan dari pembohongan berlaku.

Cara rawatan saya adalah berdailog dengan musuh Allah Insya-Allah, jadi sekiranya wakil berbohong semasa berdailog itu urusan mereka saya hanya berusaha merawat sahaja.Saya pasti mereka tidak berlakon kerana tengok cara mereka menjerit dan meronta pun tahu siapa dia..... Air dan garam..........air eloklah dibawa oleh pesakit kerana saya takut nanti pesakit atau waris kata saya bubuh sesuatu didalam air,....jadi puas hati pesakit bawa air sendiri dan garam untuk mandi,...


Alhamdulillah saya doakan Saudara-saudari sihat dan dijauhkan dari penyakit-penyakit Misteri kerana penyakit ini tak nampak dan nak pulih pun payah. Semoga berjaya dalam amal ibadah dan ALLAH merahmati kita semua. Dan nasihat saya, hindarilah diri anda dari berjumpa dengan Bomoh atau Dukun ini kerana dari perbuatan ini akan lebih menyesatkan serta memudahkan lagi golongan Syaitan menyakitkan anda serta merosakkan Akidah anda. Insya-Allah. Wassalam.

Waris..........? Waris adalah Isteri atau Suami atau Anak atau saudara yang terdekat yang boleh membantu menyelesaikan masalah pesakit dengan menggunakan jasad Waris sementara untuk menangkap Gangguan yang terdapat pada Pesakit. Waris adalah sama seperti Wakil yang rela hati untuk membantu Pesakit.

PENJELASAN TENTANG SAKA

Ramai pesakit saya yang musykil tentang panggilan yang diberikan oleh orang tua-tua dahulu tentang Mahkluk halus yang mengganggu atau mendamping sesaorang jadi saya di sini ingin berkongsi serba sedikit dari pengalaman saya dengan izin ALLAH.

1. Apa itu Saka.............. Saka adalah dari belaan orang tua-tua atau dari warisan dahulu(atuk moyang)yang banyak digunakan untuk tujuan berperang,berkebun,menjaga kebun,kebal,boleh ghaib,kecantikkan,sihir,kekuatan, bersilat dan sebagainya yang digunakan oleh orang-orang dulu.Tetapi sekarang masih ada individu yang mengamalkan. Kebanyakan Saka ini adalah dari golongan Jin dan Syaitan yang berugama atau pun tidak.Jin ini akan diberi makan mengikut perjanjian yang dibuat oleh pengamalnya, ada yang setiap hari atau setiap bulan atau setiap tahun, Saka ini akan berdamping dengan tuannya untuk tujuan menjaganya dari bahaya atau peperangan.

Apabila tuannya meninggal dunia Saka ini akan memilih untuk mendampingi waris tuannya atas pilihan tuannya atau atas pilihan saka tersebut,diantara anak atau cucu tuan lamanya.Kebanyakkan waris yang mempunyai saka tersebut tidak tahu menahu tentang adanya saka didirinya sehingga berlakunya gangguan terhadap diri tersebut.Ada yang mengetahuinya tetapi merahsiakan tetapi tidak dapat mengawal Saka tersebut hinggalah saka tersebut melakukan sesuatu atas tujuan yang tertentu.

Saka juga boleh berlaku kepada individu yang menuntut ilmu kebatinan yang terpesong dari akidah Islam. Tujuan yang sama untuk pendinding badan, perniagaan, pengaruh, kebal, kecantikkan dan sebagainya.Ada juga individu ini menggunakan mahkluk ini sebagai tangkal, cincin, minyak wangi, susuk atau wafak sebagai tempat mahkluk tersebut duduk.Boleh juga dipanggil Kadam, apabila tuannya dalam keadaan nazak mahkluk ini akan berpindah kepada pewaris yang lemah atau yang disukai.

Pada hari ini ramai yang saya jumpa mereka memakai cincin yang orang kata ada isi,cuba anda tanya kepada kawan-kawan anda yang memakai cincin yang pelik-pelik,tentu sekali mereka akan berkata dengan yakin.........untuk pendinding,pelaris,ong dan sebagainya.Cuba fikirkan.

2. Sihir............. Sihir adalah gangguan yang berlaku keatas sesaorang yang mengakibatkan penyakit atau gangguan fikiran yang amat rumit, Sihir berlaku disebabkan Jin atau Syaitan yang dihantar oleh sesaorang yang berdendam atau dengki atau cemburu dengan menggunakan khidmat sesaorang yang menggunakan secara ilmu hitam atau memuja Jin atau syaitan dengan jalan yang terpesong dari ajaran Islam.

Sihir mudah dilakukan dan amat rumit untuk di selesaikan tetapi setiap penyakit itu ada ubatnya. ALLAH sahaja yang mengetahui dan menentukan. Kebanyakkan Sihir yang selalu berlaku adalah Sihir penyakit yang Kronik tetapi tidak dapat dikesan oleh pihak Doktor atau pakar.Dari pengalam saya yang lalu saya dapati Jin sihir ini akan duduk di dalam badan atau urat saraf orang yang terkena sihir ini untuk menyakitkan anggota badan atau organ pesakit sehingga pesakirt menderita bertahun-tahun lamanya.

Ada juga yang boleh menguasai pesakit sehingga pesakit tersebut menjadi gila atau mengganas. Sihir juga boleh berlaku kepada keluarga yang terdekat seperti suami isteri, anak-anak atau ibu bapa,ini menyebabkan keadaan huruhara, berlalu pergaduhan, permusuhan yang memelikkan. Sihir yang serius adalah sihir yang berulang iaitu setelah dirawat ia berulang kembali disebabkan dari pihak penghantar yang tidak berpuas hati kerana sihirnya tidak berkesan lagi, lalu menghantar kembali menggunakan khidmat pemuja yang lain sekiranya pemuja yang lama tewas.


Biasanya dengan Izin ALLAH sihir ini akan pulih apabila pihak penghantar dan pemuja dimusnahkan atau diberi balasan yang setimpal atas kekufuran mereka oleh ALLAH S.W.T.

3. Tumpangan atau dampingan.................. Tumpangan atau dampingan berlaku kepada sesaorang yang lemah imannya atau semangatnya,banyak berlaku kepada kaum wanita ada juga berlaku pada kaum lelaki tetapi jarang-jarang. Kebanyak berlaku apabila Jin atau Syaitan tersebut bermusuh atau berminat terhadap sesaorang manusia terutama wanita, kenapa?......kerana kecantikkan, aurat yang terbuka(nafsu)atau dari niat atau perkataan yang diucapkan. Jin tersebut datangnya dari mana sahaja, mungkin dirumah, dijalanan, dihutan, diperkelahan atau dipermis pekerjaan dimana saja. Sama seperti manusia yang meminati sesaorang Cinta pandang pertama.

Begitu juga Jin dan Syaitan................. Jin yang bermusuh pula memasuki tubuh sesaorang disebabkan dendam atau marah kerana sesuatu sebab,seperti pesakit telah mengganggu tempat kediamannya atau telah mencederakan keluarganya atau dirinya sendiri,dengan sengaja atau tidak. Pesakit akan menderita sakit atau pesakit akan banyak berhayal seperti orang bercinta, hidup mereka seakan mempunyai 2 alam.


PUNCA PENYAKIT MISTERI DAN JASMANI

Firman ALLAH di dalam Surah Yunus ayat ke 57 :

Ertinya : "Wahai manusia telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang di dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman"

KAJIAN DARI SUMBER PERUBATAN SECARA ISLAM TELAH MENGENAL PASTI BAHAWA 75% PENYAKIT PADA ZAMAN INI BERMULA DARIPADA GANGGUAN KEROHANIAN (HATI), YANG MENGAKIBATKAN KEMEROSOTAN KEPADA FUNGSI-FUNGSI JASMANI (TUBUH BADAN) DAN BERLAKULAH PENYAKIT-PENYAKIT MODERN YANG AMAT MERBAHAYA. PENYAKIT KEROHANIAN SEPERTI:

1. TERTEKAN
2. KECEWA
3. SEDIH
4. PUTUS ASA
5. KELIRU
6. TERPERANJAT
7. MELATAH
8. GAGAP
9. BINGGUNG
10. MURUNG
11. BERHAYAL
12. ASYIK (LALAI)
13. GELISAH.
14. TIADA KEYAKINAN DIRI
15. PATAH HATI

PENYAKIT KEROHANIAN INI AKAN LEBIH BERTAMBAH BERAT APABILA BERLAKUNYA PENYAKIT SAMPINGAN PENYAKIT-PENYAKIT MISTERI YANG TIDAK DIDUGA SEPERTI :

1. SAKA
2. SIHIR
3. DAMPINGAN
4. TUMPANGAN
5. GANGGUAN DIKEDIAMAN PENYAKIT INI BERLAKU KEPADA KANAK-KANAK DAN DEWASA.

PENYAKIT MODERN SEPERTI :

1. SEMUA JENIS KANSER
2. SAWAN
3. HILANG INGATAN
4. BERAT BADAN BERLEBIHAN / BERKURANGAN (NAFSU)
5. LUMPUH SEPARUH BADAN / SELURUH BADAN (SARAF)
6. PENYAKIT YANG TIDAK DAPAT DIKESAN DAN DIRAWATI
7. DARAH TINGGI

8. KEMEROSOTAN FUNGSI ORGAN TUBUH SEPERTI :

1). KENCING MANIS
2). PENYAKIT BUAH PINGGANG
3). PENYAKIT JANTUNG
4). USUS / BUASIR
5). PENYAKIT JANGKITAN DAN BERBAGAI LAGI / PENYAKIT TERBARU.

HARI INI RAMAI PESAKIT-PESAKIT BERGANTUNG KEPADA UBAT-UBATAN YANG AKAN MELEMAHKAN LAGI FUNGSI KEROHANIAN DAN JASMANI PADA DIRI MASING-MASING TANPA MERAWAT PUNCA PENYAKIT YANG SEBENARNYA IAITU HATI (JIWA). INSYA-ALLAH CARILAH UBAT YANG SEBENARNYA SEBAGAI PENAWAR UNTUK PENYAKIT ROHANI DAN JASMANI ANDA. ANDA SAHAJA YANG MAMPU MERAWATNYA DENGAN DOA DAN USAHA ANDA. WASSALAM.

No comments:

Post a Comment