MASUKKAN 3 EKOR JIN DALAM BOTOL
PELALAU (PENDAMPINGAN GADIS INDIA)
3 EKOR JIN JANTAN MENJAGA GADIS SUPAYA TIDAK BOLEH KAWIN

DOA NABI SULAIMAN
KREW EXPOSE MISTIK
PELALAU (PENDAMPINGAN GADIS INDIA)

Daripada hadith yang diriwayatkan oleh Baihaqi, seorang sahabat Nabi SAW bernama Abu Dajanah berkata, "aku telah mengadu kepada Rasulullah SAW dengan berkata", Wahai Rasulullah, sedang aku berbaring, tiba-tiba aku mendengar desiran suara seperti bunyi kisaran gandum dan berdengung seperti suara lebah. Dan aku terlihat pancaran seperti pancaran kilat. Lalu aku mengangkat kepala kerana terkejut dan takut. Tiba-tiba aku nampak bayangan hitam berdiri tegak memanjang memenuhi ruangan rumahku. Lalu aku mendekati bayangan itu, aku terasa kulitnya seperti bulu landak. Bayang itu menyemburkan cahaya seperti semburan bunga api ke arah mukaku sehingga aku menyangka badan dan rumahku terbakar."
Lalu Rasulullah SAW menerangkan, "Itu adalah syaitan yang mahu mengganggu dan membuat keburukan di rumahmu, wahai abu Dajanah."
Kemudian Rasulullah SAW menyuruh Ali bin Abi Talib menulis tulisan ini. Maka Saidina Ali pun menulisnya seperti berikut :
Maksudnya;
"Inilah perutusan dari Muhammad Rasul sekian alam. Kepada mereka yang datang mengerjakan umrah dan berziarah. Amma ba’du. Sesungguhnya kebenaran itu adalah perlindungan bagi kita. Jika engkau terlalu baik, jahat, pemimpin yang sebenar ataupun yang bathil. Inilah kitab Allah yang membicarakan dengan sebenar-benarnya kepada kita, sesungguhnya Kami mencatatkan apa yang kamu lakukan dan malaikat kami menulis segala apa yang engkau sembunyikan. Tinggalkanlah pembawa utusan ini dan pergilah kepada penyembah berhala dan mereka yang menyangka bahawa ada tuhan lain selain Allah. Katakanlah tiada tuhan melainkan Dia. Segala sesuatu akan hancur melainkan Dia. Baginyalah segala ketentuan dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. Haa Miiim, mereka tidak akan diberi pertolongan, Haa Miim, Ain Siiin Qaaf. Berpecah belahlah musuh-musuh Allah, Hujah Allah itu amat jelas, Tiada kekuasaan melainkan kekuasaan Allah. Allah akan memberikan kecukupan kepadamu, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Maha benarlah Allah Yang Maha Besar."
Aku membawa tulisan tersebut balik ke rumah dan aku letakkan di kepala dan tidur. Tidak lama kemudian, aku mendengar jeritan dan tangisan berkata, "Wahai Abu Dajanah, engkau telah membakar kami dengan perkataan/tulisan tersebut." Demi kebenaran sahabat Mu, tolonglah buangkan tulisan tersebut. Aku berjanji tidak akan datang mengganggumu lagi. Abu Dajanah menjawab, "Aku tidak akan membuangkannya sehingga Rasulullah menyuruh aku membuangnya."
Abu Dajanah menyambung ceritanya, sepanjang malam tersebut aku mendengar jeritan dan suara mengerang kesakitan sehinggalah menjelang subuh. Ketika aku sembahyang subuh bersama Rasulullah, aku pun menceritakan kepada baginda hal tersebut. Demi Allah yang telah mengutusku sebagai Rasul, sesungguhnya mereka (syaitan-syaitan) itu telah merasakan kesakitan dan akan menerima azab siksa hingga ke hari kiamat.
DOA NABI SULAIMAN
KREW EXPOSE MISTIK

WELCOME TO THE WORLD OF MYSTERY
BERDAILOG DENGAN JIN TOYOL
TOYOL MENCARI TUAN BARU
SUPERNATURAL REAL STORIES
MEMAKSA TOYOL BERCAKAP
TOYOL MINTA MAKAN DAN MENCURI
SUPERNATURAL REAL STORIES
TOYOL INI BERKELIARAN DISEBUAH TAMAN DAN MENGGANGGU PENDUDUK DISANA SELAMA LEBIH 2 TAHUN, PENDUDUK SERING TERNAMPAK DAN KETAKUTAN. TOYOL INI MENCARI TUAN BARU UNTUK MEMBERIKAN DIA MAKAN DARAH. SEMASA BERDAILOG BARULAH TERBONGKAR BAHAWA TUAN LAMANYA TELAH MENINGGAL DAN SI TOYOL MEMBURU TUAN BARU. TUGAS SI TOYOL ADALAH MENCURI WANG DARI ORANG-ORANG KAYA DAN MEMBERI KEPADA TUANNYA. USAHA UNTUK MENANGKAP JIN TOYOL ATAU YANG LAIN-LAINNYA INSYA-ALLAH BOLEH DILAKUKAN DENGAN CARA MEMERANGKAP SERTA MEMAKSA JIN TERSEBUT UNTUK BERTAUBAT SERTA MEMINDAHKAN KETEMPAT YANG LEBIH SELAMAT.
AKAN DATANG VIDEO TERBARU DAN MENAKUTKAN !
ASTRO PRIMA EXPOSE MISTIK PERUBATAN 11/12/08
RAWATAN DIPUSAT PERUBATAN ISLAM USTAZ AZIZI HJ MISBAH DI KLUANG JOHOR, MALAYSIA
EXPOSE MISTIK PERUBATAN SAKA HARIMAU
EXPOSE MISTIK PERUBATAN SIHIR PENYAKIT
SUPERNATURAL REAL STORIES